

BUKAN mudah bagi band Eropa menembusi pasaran antarabangsa, namun empat jejaka dari Jerman ini membuktikan bahawa mereka boleh bersaing di pelantar yang sama.
Bill dan saudara kembarnya, Tom Kaulitz, 21 tahun, bersama anggota yang lain iaitu Gerog Listing, 23 tahun, dan Gustav Schafer, 22 tahun, bertemu dan menghasilkan muzik bersama-sama di Magdeburg pada 2001 dan bergabung band bergelar Devilish.
Kini mereka telah menugbah nama kepada Tokio Hotel dan sedang merancang untuk menakluk dunia.
Baru-baru ini, Bill berehat sebentar daripada kesibukan band membuat persiapan Tour Eropah yang berlangsung bulan depan hingga April, untuk berkongsi isi hati mereka bersama Ekstra.
Ekstra: Apakah keunikan Tokio Hotel?
Bill: Kami boleh bernyanyi dalam bahasa Jerman dan Inggeris. Kami terjemahkan lagu kami daripada bahasa Jerman kepada bahasa Inggeris kerana kami inigin menembusi pasaran antarbangsa.
Album terbaru kami Humanoid, telah kami terbitkan dalam kedua-dua bahasa dan kami lancarkan secara serentak.
Untuk berbuat demekian, kami giat memastikan agar ‘feel’ album Inggeris dan liriknya sepadan dengan penampilan album Jerman
Ekstra: Pengaruh music yang berbeza-beza ketara dalam album ini. Adakah ia mencerminkan minat setiap anggota Tokio Hotel?
Bill: Kami sebenarnya mempunyai minat muzik yang berbeza. Saya meminati lagu-lagu Aerosmith.Tom pula sukakan hip hop seperti Jay Z, dan Gustav menggemari Metallica. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana kami sepakat bersetuju bahwa lagu yang kami mainkan adalah rok dan ia dipengaruhi oleh pop.
Ekstra: Apakah pengalaman manis yang sukar dilupakan dalam anda menjelajah ke Negara orang setakat ini?
Tom: Kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan ialah apabila kami berada di Perancis dan membuat persembahan di depan 500 000 peminat yang menghafal lagu kami dan menyanyi bersama kami.
Ini merupakan satu percapaian yang amat saya senangi kerana kami bermula daripada gig kecil semata-mata.
Ekstra: Adakah anda mempunyai sebarang upcara peribadi yang anda lakukan sebelum memulkan persembahan?
Tom: (Ketawa sambil berkata) Georg harus ke tandas untuk membuang air besar dan selepas itu, kami akan berkumpul dan berasa gementar bersama-sama.
Ekstra: Selain daripada membuat persembahan bersama-sama, apakah yang sering anda lakukan bersama pada masa lapang?
Bill: kami akan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat-handai. Kami akan makan, menonton DVD dan sebagainya bersama.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar